In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

Tuesday, February 10, 2015

Tuesday, February 10, 2015

KUALA LUMPUR FOOD TRUCK

KUALA LUMPUR FOOD TRUCK

Tuesday, February 10, 2015

SEWA BELI KENDERAAN

PENGENALAN
Sewa beli adalah salah satu kaedah yang paling kerap diamalkan oleh orang ramai untuk memiliki kenderaan. Sebelum memasuki sesuatu perjanjian sewa beli bagi kenderaan komersial, ada baiknya anda menatap halaman ini untuk lebih mendalami hal-hal yang berkaitan dengannya. Memahami langkah-langkah yang terlibat di dalam pembiayaan sewa beli boleh membantu anda menjimatkan masa dan mengelakkan keraguan dan keresahan. Halaman ini juga menyediakan panduan asas kepada anda dan menghuraikan istilah teknikal di samping memberikan tip-tip yang berguna untuk memohon pembiayaan sewa beli.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SEWA BELI (SB)?
Sewa beli ialah aktiviti menyewa barangan dengan opsyen untuk membeli barangan tersebut. Anda adalah penyewa dan syarikat yang membiayai barang-barang tersebut adalah pembiaya dan juga pemilik. Hak milik hanya akan berpindah kepada penyewa selepas semua ansuran dijelaskan. Sementara itu, anda boleh membawa pulang barangan tersebut untuk digunakan.

DI MANAKAH BOLEH DAPAT PEMBIAYAAN?
Anda boleh memohon pembiayaan SB daripada syarikat kewangan.

JENIS BARANGAN YANG BOLEH DIPEROLEHI SECARA SB
Pelbagai barangan boleh diperolehi secara SB, termasuk:
• Semua barangan pengguna yang diperolehi untuk kegunaan peribadi, keluarga atau isi rumah
• Kenderaan bermotor termasuk kenderaan orang sakit, motosikal, motokar (termasuk teksi dan kereta sewa),kenderaan barangan,trak dan bas.

DARI SUDUT UNDANG-UNDANG- AKTA SEWA BELI 1967.
Semua transaksi SB adalah dikawal oleh Akta Sewa Beli 1967 (Akta SB). Butir-butir dan syarat-syarat yang terkandung di dalam perjanjian SB, hak di sisi undang-undang, tanggungjawab dan tugas penyewa serta pembiaya ada diterangkan di dalam Akta SB. Akta SB ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

DARI SUDUT KEMAMPUAN
Sebelum memasuki perjanjian untuk membeli kenderaan bermotor melalui SB, pastikan dahulu berapa yang anda mampu untuk bayar melalui ansuran bulanan supaya tidak lari daripada bajet. Sebagai panduan, bayaran ansuran bulanan untuk rumah dan kenderaan bermotor hendaklah tidak melebihi 33% daripada pendapatan bulanan rumah. Anda juga perlu menyediakan peruntukan tambahan untuk insurans dan cukai jalan. Adalah juga mustahak anda meneliti segala kewajipan dan tanggungjawab anda, termasuk penalti yang mungkin akan dikenakan sebelum menandatangani perjanjian SB.

BERURUSAN DENGAN SYARIKAT KEWANGAN:
Perjanjian SB boleh dirunding secara terus dengan syarikat kewangan atau melalui pengedar kenderaan bermotor yang akan mengemukakan permohonan pembiayaan anda kepada syarikat kewangan.
• Sekiranya anda berurusan secara terus dengan syarikat kewangan, anda akan diberi penyata kewangan bertulis yang dikenali sebagai Jadual Kedua Bahagian I. Penyata ini akan menerangkan tanggungjawab kewangan anda di bawah perjanjian SB yang dicadangkan
• Sekiranya anda berurusan melalui pengedar kenderaan bermotor, di samping Jadual Kedua Bahagian I, anda akan menerima penyata tambahan yang dikenali sebagai Jadual Kedua Bahagian II yang menyatakan persetujuan syarikat kewangan untuk menjadi salah satu pihak kepada perjanjian tersebut. Bahagian ini hendaklah ditandatangani oleh pengedar dan syarikat kewangan selepas anda menerima Bahagian I Jadual Kedua
• Anda tidak boleh dipaksa untuk memasuki perjanjian SB ataupun dikehendaki menjelaskan kos menyediakan dan mendapatkan Jadual Kedua sekiranya anda tidak bersetuju untuk menandatangani perjanjian SB tersebut
• Anda tidak tertakluk kepada terma dan syarat-syarat penyata Jadual Kedua (Bahagian I dan II) selagi anda tidak memasuki perjanjian SB tersebut
• Sekiranya anda bersetuju untuk menyewa kenderaan bermotor tersebut selepas menerima penyata Jadual Kedua (Bahagian I dan II), satu perjanjian SB akan dibuat di antara anda dan syarikat kewangan.

BISNES PASAR MALAM

Nyatakan,Bisnes jenis apakah yang sedang awak menjalankan nya,samaada awak seorang perniaga Nasi Ayam, awak perniaga Burger,Bisnes Rojak & Air Cendol,Bisnes Buah2an & Minuman atau awak seorang Penjual Pakaian,Aksessori & Bag atau apa jua jenis Bisnes yang sedang awak ceburi atau awak baru saja ingin memulakan Bisnes,ianya pasti akan memenuhi cita rasa awak dan juga Customer2 yg berkunjung.Dengan memiliki sebuah lori Mobile Kiosk atau lori Pasar Malam kita tidak lagi perlu menunggu Customer datang, kita yang cari Customer,dimana disitu orang ramai disitu kita buka kedai, senangkan? Jika Penguasa Majlis Tempatan datang buat Operasi kita start injin & jalan. BYE2....... Takde SAMAN2. Keuntungan harian terus masuk Simpanan Bank,boleh buat duit bayar pinjaman beli lori nanti.Lori kita adalah kedai kita,Sewa sebuah Kedai RM2,000-RM3,000 sebulan? Nak buat apa ! Buat Pening Kepala jer....
Khidmat Perunding & Mereka-Bentuk plan binaan lori adalah PERCUMA, saya ulangi ianya PERCUMA,mengikut citarasa & kesesuaian awak.Awak bagitahu saya buatkannya. Lori lama dah ada cuma nak ubahsuai,takpe CALL saya.Nak beli lori baru Pasar Malam? CALL saya,Kalau dah ada lori,cuma nak ubahsuai buat badan Pasar Malam kosnya cuma RM7,000 jer.Seminggu kemudian datang semula bawa lori badan dah siap untuk dipasang.
Takde buang masa.Kalau nak beli lori baru duit D/Payment cuma RM5,000,bayaran bulanan pula cuma RM843,tempoh pinjaman 7 tahun(maksima).Syarat pertama dah daftar Perniagaan,SSM atau SDN BHD sekurangnya 1 Tahun,kalau 6 Bulan boleh dipertimbangkan. Statement Bank 6 bulan & Salinan MYKAD pemilik perniagaan.Dokumen Mudah & kelulusan Pinjaman Bank 3 hari jer, Semua OK...3 Minggu selepas tu dah dapat Lori Baru.Dah Boleh start Bisnes,Dah boleh buat Duit.

FOOD TRUCK PANORAMA

FOOD TRUCK PANORAMA

CUSTOM FOOD TRUCK

CUSTOM FOOD TRUCK

KEDAI BERGERAK

KEDAI BERGERAK
BDM: 4,500 KGS

FLAMING WHEEL

FLAMING WHEEL
5,000KGS

COOKIES WAGON

COOKIES WAGON
DAIHATSU GRANMAX

LORI STEAMBOAT

LORI STEAMBOAT
Peralatan Semua Stainless Steel

ONLINE SHOPPING, SILA KLIK PADA BANNER

Buy.com (dba Rakuten.com Shopping)